BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 11, 2012

Kebahagiaan itu Seni III

Perkara utama dalam meraih bahagia ialah mengekang minda anda supaya sentiasa melihat ke hadapan. Minda yang negatif akan membuka kembali fail-fail lama kesedihan yang memungkinkan luka lama berdarah kembali dan seterusnya mencemaskan kehidupan. Ia juga membuat tubuh menjadi gementar, melenyapkan jati diri dan perasaan terbakar.

Bertawakallah kepada Dzat Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati. (Surah al-Furqan : 58)

Anda Harus menempatkan kehidupan ini sesuai dengan keadaanya yang sebenar. Bahawa dunia adalah pusat ujian, pusat terjadinya segala kekejian, kepedihan dan bencana. Jika demikian sifatnya dunia, kenapa anda harus memberi penuh perhatiaan kepadanya atau bersedih atas kehilangannya ?

Friday, December 7, 2012

Wahai Kaum Adam .....

Wahai manusia yang bernama Lelaki
Jika benar kau kasih dan cintakan Wanita itu:

✿'ܓ♥: Bawalah dia ke jalan Allah❤•
✿'ܓ♥: Nasihatilah dia dengan penuh hikmah❤•
✿'ܓ♥: Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah❤•
✿'ܓ♥: Jagalah dia dengan sepenuh hati❤•
✿'ܓ♥: Kasihanilah dia seadanya❤•
✿'ܓ♥: Lindungilah dia sebaik mungkin❤•
✿'ܓ♥: Berilah kasih sayang padanya setulus sanubari❤•
✿'ܓ♥: Hargailah dia selayaknya❤•
✿'ܓ♥: Bersabarlah dengan tingkah lakunya❤•
✿'ܓ♥: Terima & redha dengan kekurangan yang ada padanya❤•
✿'ܓ♥: Jadilah IMAM terbaik yang dapat membimbingnya❤•
✿'ܓ♥: Ampun dan maafkanlah atas segala kesilapannya❤•

Wednesday, December 5, 2012

Di Sebalik Kesulitan ada Banyak Faedah

Sesungguhnya pelbagai kesulitan yang anda hadapi sebenarnya menyimpan faedah yang banyak, antaranya: menguatkan hati, menghapuskan dosa, melebur sifat ujub (bangga diri) dan mengubur rasa takabbur (besar diri).

Faedah kesulitan dari sudut maknawi, bahawa kesulitan menghindari seseorang daripada kelalaian, membanyakkan zikir, giat berbuat kebajikan, khusyuk berdoa; terjaga hati dengan banyak bersabar, giat mengadakan persiapan menghadap Tuhan, dapat melepaskan diri dari godaan dunia dan berasa tenang dan aman dari kegawatan (dunia).

Tuesday, December 4, 2012

Jangan Bersedih, Usirlah Kesedihan

Istirehat adalah kelalaian, waktu terluang adalah pembunuh dan pengangguran adalah kebatilan. Ubatnya: Bergeraklah, berlatih dan kajilah sesuatu; bacalah al-Quran dan bertasbihlah, tulislah sesuatu atau kunjungi sahabat anda serta manfaatlah waktu sebaiknya. Sehari sahaja anda membiarkan waktu berlalu tanpa amal, maka masuklah kesedihan ke dalam kehidupan anda.

Monday, December 3, 2012

Kebahagiaan itu Seni II

Musuh utama kegembiraan ialah wawasan hidup (himmah) yang sempit, pandangan yang cetek dan sifat ego. Firman Allah S.W.T :

Sedang mereka telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri.  
(Surah Ali Imran: 154)

Orang yang berfikiran sempit dan egoistik melihat dunia ini hanya menurut kepentingan dirinya dan mengenepikan kepentingan orang lain. Ini sebenarnya musuh kebahagiaan.

Orang yang bahagia pula, terkadang ia harus memisahkan diri dan menyisihkan dirinya hanya untuk menyembuhkan luka dan dukacita lalu menyebabkan ia meraih kebahagiaan..

Kebahagiaan itu Seni I

Kata orang kebahagiaan itu sulit sekali untuk diraih. La Tahzan! Kebahagiaan itu mudah sekiranya seorang itu tahu cara untuk meraihnya.

Kebahagiaan itu sebenarnya hanyalah memanfaatkan apa yang ada disekitar kita. 
Antara cara-caranya :

  • Meningkatkan daya tahan jiwa
  • Tidak mudah goyah dengan kegoncangan hidup
  • Tidak gentar dengan pelbagai peristiwa menerpa 
  • Tidak sibuk dalam hal yang remeh-temah
Semakin kuat dan jernih hati seseorang, makin bersinarlah jiwanya dan mudahlah ia meraih kebahagiaan.

Pilihlah Yang Terbaik...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
Andainya kau perlukan kekasih pilihlah ALLAH SWT,
Jika perlukan teman bicara pilihlah al Quran,
jika perlukan kekuatan, maka berdoalah
jika kau habis berusaha bertawakallah...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
Biar nafsu sunyi tanpa godaan,
Biar kaki sunyi tanpa berjalan,
Tetapi jangan biar akal sunyi tanpa ilmu ,
Dan jangan biar hati sunyi tanpa ALLAH SWT...

✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰
Pakaian apa yang paling cantik kalau bukan iman...
Dan taqwa ,warna apa yang paling indah kalau bukan syukur dan sabar...


✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰◠◡◠✰

Jangan Riak..



Janganlah terlalu megah dengan PANGKAT dan DARJAT,

kerana gelaran kita terakhir nanti adalah AL-MARHUM...

Janganlah kita terlalu bangga dan berlagak dengan wajah yang CANTIK atau KACAK,

kerana rupa wajah kita terakhir nanti cuma TENGKORAK...

Janganlah kita EGO dan bongkak kerana mampu memiliki RUMAH MEWAH seperti istana,

kerana rumah terakhir kita nanti adalah KUBUR...

Janganlah teralu seronok 


dengan tempat tidur yang EMPUK dan NYAMAN,

kerana tempat tidur terakhir kita nanti adalah LIANG LAHAD...

Jangan bangga dan ACTION sangat dengan KENDERAAN mewah,

kerana kenderaan terakhir kita nanti adalah VAN JENAZAH dan PAPAN KERANDA...

Jangan bangga sangat dengan pakaian CANTIK & MAHAL,

kerana pakaian terakhir kita nanti adalah KAIN KAPAN...