Perkara utama dalam meraih bahagia ialah mengekang minda anda supaya sentiasa melihat ke hadapan. Minda yang negatif akan membuka kembali fail-fail lama kesedihan yang memungkinkan luka lama berdarah kembali dan seterusnya mencemaskan kehidupan. Ia juga membuat tubuh menjadi gementar, melenyapkan jati diri dan perasaan terbakar.
Bertawakallah kepada Dzat Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati. (Surah al-Furqan : 58)
Anda Harus menempatkan kehidupan ini sesuai dengan keadaanya yang sebenar. Bahawa dunia adalah pusat ujian, pusat terjadinya segala kekejian, kepedihan dan bencana. Jika demikian sifatnya dunia, kenapa anda harus memberi penuh perhatiaan kepadanya atau bersedih atas kehilangannya ?
Tuesday, December 11, 2012
Kebahagiaan itu Seni III
Posted by Unknown at 1:24 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment