Allah memberikan cinta kepada manusia bagi memenuhi keperluan tabii manusia itu sendiri. Rasa cinta juga menjamin kesejahteraan seisi alam sekiranya diletakkan di tempat yang betul.
Semua ini adalah bukti luasnya kurniaan Allah yang melimpahkan kasih sayangnya kepada manusia. Manusia pula harus menyedari tujuan cinta dianugerahkan kepada kita adalah:
Wednesday, May 1, 2013
Tujuan Cinta Dianugerahkan Kepada Manusia..
1. Menduga ketulusan dan kejujuran manusia dalam memperoleh apa yang dicintai oleh hati.
2. Menjadi faktor memakmurkan alam.
3. Penyambung zuriat dan penerus hidup manusia.
4. Menjalin ikatan kukuh yang menyatukan umat manusia.
5. Keteguhan cinta dan kasih sesama manusia bagi membentuk ikatan hebat dan ajaib dalam kehidupan.
Posted by Unknown at 7:50 AM 0 comments
Apa Itu Cinta?
"Cinta manusia dapat menjadikannya buta dan bisu"
Ianya menjadi peringatan kepada mereka yang bercinta, supaya menyedari cinta yang dimiliki itu mengikut landasan syariat ataupun sebaliknya. Orang yang bercinta perlu mempunyai kekuatan, supaya dapat memperbetulkan kesalahan, Sekiranya tidak, kita mungkin terperangkap dalam kekeliruan, dan hanya berdiam diri apabila melakukan kesilapan. Kita juga perlu faham, cinta yang benar adalah cinta yang berlandaskan agama. Cinta memperkukuhkan lagi fungsi manusia. Manusia diciptakan bagi memakmurkan alam, bukan terjebak kepada cinta palsu yang membinasakan. Bukan juga cinta yang didorong oleh terpedaya dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Cinta juga adalah anugerah Tuhan kepada semua hamba-Nya.
Manusia pasti ada cinta,
Cinta melengkapkan hidup,
Dunia tandus tanpa cinta,
Hati pun beku dan mati.
Posted by Unknown at 7:33 AM 0 comments
Mengenali Cinta
"Seseorang yang pengasih tidak hanya menyayangi dirinya sendiri sahaja, malahan dia juga menyayangi diri orang lain seperti dia menyayangi dirinya sendiri"
Posted by Unknown at 7:15 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)