BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 1, 2013

Apa Itu Cinta?

"Cinta manusia dapat menjadikannya buta dan bisu"

Ianya menjadi peringatan kepada mereka yang bercinta, supaya menyedari cinta yang dimiliki itu mengikut landasan syariat ataupun sebaliknya. Orang yang bercinta perlu mempunyai kekuatan, supaya dapat memperbetulkan kesalahan, Sekiranya tidak, kita mungkin terperangkap dalam kekeliruan, dan hanya berdiam diri apabila melakukan kesilapan. Kita juga perlu faham, cinta yang benar adalah cinta yang berlandaskan agama. Cinta memperkukuhkan lagi fungsi manusia. Manusia diciptakan bagi memakmurkan alam, bukan terjebak kepada cinta palsu yang membinasakan. Bukan juga cinta yang didorong oleh terpedaya dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan. Cinta juga adalah anugerah Tuhan kepada semua hamba-Nya.

Manusia pasti ada cinta,
Cinta melengkapkan hidup,
Dunia tandus tanpa cinta,
Hati pun beku dan mati.

0 comments: