BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 1, 2013

Tujuan Cinta Dianugerahkan Kepada Manusia..

Allah memberikan cinta kepada manusia bagi memenuhi keperluan tabii manusia itu sendiri. Rasa cinta juga menjamin kesejahteraan seisi alam sekiranya diletakkan di tempat yang betul.

Semua ini adalah bukti luasnya kurniaan Allah yang melimpahkan kasih sayangnya kepada manusia. Manusia pula harus menyedari tujuan cinta dianugerahkan kepada kita adalah:

1. Menduga ketulusan dan kejujuran manusia dalam memperoleh apa yang dicintai oleh hati.
2. Menjadi faktor memakmurkan alam.
3. Penyambung zuriat dan penerus hidup manusia.
4. Menjalin ikatan kukuh yang  menyatukan umat manusia.
5. Keteguhan cinta dan kasih sesama manusia bagi membentuk ikatan hebat dan ajaib dalam kehidupan.

0 comments: